SMK Tuanku Abdul Rahman , Gemas
Tuesday, 3 September 2013
Sejarah Sekolah
Sejarah Sek Men Tuanku Abdul Rahman.
Sejarah SMK
Tuanku Abdul Rahman,Gemas mengambil nama sempena nama Yang Almarhum Tuanku
Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad .Nama
asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English Gemas.
Pada tahun
1943 hingga tahun 1948 sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan
mempunyai
peringkat sekolah rendah dan menengah.Ketika itu tapak asal sekolah ini
terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai,
dan Jalan Molik iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pegawai kereta
api Tanah
Melayu Malaysia Berhad(KTMB) .
Pada tahun 1949,sekolah ini telah
diambil oleh pihak kerajaan dan dipindah ke bangunan baru iaitu dibelakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke padang
kereta api Tanah Malaysia Berhad(KTMB).Upacara perasmian bangunan
sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh
Almarhum Tuanku Abdul Rahma Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949 Encik V.M .
Francis adalah pengetua sekolah ini yang pertama.
Pada
tahun 1952 sekolah ini
telah dipindah ke bangunan baru iaitu di Jalan Rahman, Gemas yang ada
sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini
masih mempunyai gabungan sekolah rendah
dan menengah.Pada awal tahun 1968,bangunan khas untuk Sekolah Menengah
Tuanku
Abdul Rahman,Gemas siap dibina.Bangunan ini telah dibuka secara rasminya
oleh
Tan Sri Mohd Khir Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktober
1968.
Sebenarnya perancangan awal
pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit Masjid ,Gemas tetapi memandangkan kos
dan masa pembinaannya yang terhad ,maka lokasinya beralih ke padang sekolah di
mana letaknya Sekolah Menengah Tuanku Abdul
Rahman,Gemas sekarang.
Lagu Sekolah
Kami murid STAR berikrar
Berusaha tekun belajar,Ilmu dan sukan menjadi amalAn
Itulah jadi panduan
Segala bangsa berganding bahu
Maju dan bersatu padu
Marilah bergotong-royong selalu
Semangat luhur dan jitu
Hari demi hari berganti
Tahun demi tahun menjelang
Kemajuan tercapai pasti
Penuhkan masa terluang
Cita-cita kami tinggi menjulang
Semangat nyala berapi
Dari itu masa jangan dibuang
Kita akan berjaya nanti
Visi & Misi Sekolah
VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Subscribe to:
Posts (Atom)