Tuesday, 3 September 2013

SMKTAR GEMAS: CAKLEMPONG SMKTAR

Sukan Tahunan Sekolah

Rumah sukan Temenggung ..:D

Rumah sukan Bendahara ..

Rumah sukan SYAHBANDAR ..!!

Sejarah Sekolah

Sejarah Sek Men Tuanku Abdul Rahman.

Sejarah SMK Tuanku Abdul Rahman,Gemas mengambil nama sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku  Muhammad .Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English Gemas.
Pada tahun 1943 hingga tahun 1948 sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah.Ketika itu tapak asal sekolah ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, dan Jalan Molik iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pegawai kereta api Tanah Melayu Malaysia Berhad(KTMB) .
             Pada tahun 1949,sekolah ini telah diambil oleh pihak kerajaan dan dipindah ke bangunan baru iaitu dibelakang Kuil  Hindu iaitu menghadap ke padang kereta api Tanah Malaysia Berhad(KTMB).Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahma Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949 Encik V.M . Francis adalah pengetua sekolah ini yang pertama.
               Pada tahun 1952 sekolah ini telah dipindah ke bangunan baru iaitu di Jalan Rahman, Gemas yang ada  sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah  rendah dan menengah.Pada awal tahun 1968,bangunan khas untuk Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman,Gemas siap dibina.Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd Khir Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktober 1968.                                                                                                 
                Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit Masjid ,Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad ,maka lokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah  Tuanku Abdul Rahman,Gemas sekarang.       

Lagu Sekolah

Kami murid STAR berikrar
Berusaha tekun belajar,
Ilmu dan sukan menjadi amalAn
Itulah jadi panduan


Segala bangsa berganding bahu
Maju dan bersatu padu
Marilah bergotong-royong selalu
Semangat luhur dan jitu


Hari demi hari berganti
Tahun demi tahun menjelang
Kemajuan tercapai pasti
Penuhkan masa terluang


Cita-cita kami tinggi menjulang
Semangat nyala berapi
Dari itu masa jangan dibuang
Kita akan berjaya nanti

Visi & Misi Sekolah

VISI 
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI 
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Logo Sekolah